Tembaring terkenal dengan larian agresif ke arah reba, kayu dan batu selepas menyambar gewang. Sebab itu, pemilihan set bukan sekadar soal keselesaan tetapi penting untuk mengawal ikan seawal mungkin.
Joran dan kekili
Berdasarkan perkongsian Gewang, joran kelas PE1-3 atau PE2-4 dengan panjang sekitar enam kaki ke bawah digunakan bagi memudahkan lontaran di kawasan tebing yang sempit. Ia dipadankan dengan baitcaster saiz 300 ke atas.
Tali dan perambut
Tali sulam minimum sekitar 80lb dan perambut fluorocarbon 80 hingga 100lb digunakan untuk meningkatkan ketahanan apabila bergesel dengan struktur. Mata kail dan komponen terminal juga perlu cukup kukuh untuk tekanan tinggi.


Tinggalkan komen